Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani
Huraian
i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
Jumaat, Jun 17, 2011
Berusha Mencari Rezeki
mungkin berminat entry lama
-
Affiliate ni hanya mempunyai 2 tier komisen. (tidak boleh dikategorikan sebagai MLM) MLM pula mempunyai banyak kaki di bawah (5,6,7,8 inc...
-
asalamu'alaikum semua..untuk post pertama ni biar saya terangkan dahulu apa sebenarnya program jutawan muda nie.. dengan wang pendahulu...
-
Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya ...
-
Beberapa bulan lepas saya menerima sms dari sahabat saya, seorang usahawan yang berjaya. SMS tersebut tertulis... " Selamat Tahun...
-
haiya serabutlarh benda alarh nie..nak tanya aku jangan larh banyak sangat..sikit2 boleh larh... Answer here